Total Pageviews

Rezeki

Sunday, 13 November 2016

CERITA PENUH PESANAN FARAH ADEEBA TV AL HIJRAH BERSAMA PERWAKILAN AMERIKA 3 NOV 2016

Hari tu heboh sat pasal watsapp voice oleh Farah Adeeba yang disebarkan di group-group wassap. Entry kali ni akak mintak korang bukak video ni. Maaflah, kalau buat kuota deme habis. Tapi mana lebih bagus, habis kuota untuk berpesan-pesan tentang agama atau habis kuota kerana ber "libur" ?
Mesej yang disampaikan oleh Farah Adeeba Hos terkenal di TV Al-Hijrah kali ni amat-amat penting untuk kita sebagai umat Islam.

Farah Adeeba (Hos TV Al-Hijrah) merakam Whatsapp Voice selepas sesi temubual bersama seorang berjawatan penting yang dikatakan orang penting kerana beliau merupakan salah seorang penasihat kepada presiden Amerika. Dan bukan itu sahaja, beliau juga seorang duta di Large For Int. Religious Freedom .
Apa yang akak faham apa yang Farah sampaikan ialah ternyata benar wujud kumpulan-kumpulan yang cuba untuk memporak peranda kan agama Islam. Contoh yang akak pernah baca ialah kelompok yang cuba menarik pelajar Islam terutamanya pelajar universiti berpaling dari agama Islam. Tapi tak tahulah berkait ke tak.
Tapi point yang utama di sampaikan oleh Farah bahawa semua itu adalah benar, adanya kelompok-kelompok ni. Agenda utama mereka ialah kenapa di Malaysia patut ada kebebasan beragama termasuk penganut Agama Islam. Cuma siapa, di mana dan bagaimana mereka bergerak itu tak dapat kita pastikanlah.(Untuk lebih faham, dengar dan tengok video yang akak sertakan)
    

Dan video di bawah pula adalah sesi temubual penuh di siaran TV Al-Hijrah di rancangan "Assalamualaikum".

Temubual Farah Adeeba bersama perwakilan Amerika David N Saperstein Ambassador at Large for International Religious Freedom telah menyampaikan mesej yang mana memberikan pandangan dan mesej yang mendatangkan kebimbangan kepada kita jika ianya diguna pakai di Malaysia.




Teringat tentang surah al-Kahfi. 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 


Doa Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam
Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

Semoga Allah melindungi kita, keluarga kita serta seluruh umat Islam seluruhnya. Aamiin.

 

Wednesday, 25 May 2016

Tak Tahu Apa Punca Penyakit

Ini merupakan Testimonial pengguna SNE kapsul yang saya ambik daripada SNE Apps. Aplikasi ni abang akak boleh download di playstore ye. Tapi hanya untuk Android sahaja. IOs akan di laksanakan pada masa akan datang (kata pihak SNE Marketing)

Testimoni pengguna SNE Kapsul kalini, dikatakan mengalami masalah sakit perut dan kencing berdarah.

Tapi selepas dikenalkan dengan SNE dan selepas penggunaan produk SNE selama 11 hari, batu hempedu telah keluar melalui najis.
Batu Hempedu inilah punca yang menyebabkan saudara Abu Kassim selalu sakit perut dan kencing berdarah.

Ingat : Ikhtiar dan usaha sebelum beralah.



Disclaimer : Perlu diingatkan, semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Dinasihatkan untuk berjumpa doktor/pakar perubatan jika anda menghidapi sebarang penyakit untuk tujuan konsultasi, diagnosis dan rawatan susulan.

Ada yang mencari produk SNE tapi tak tahu siapa Pengedar Sah SNE?

Boleh contact saya melalui Whatsapp ye :)
Noorrizah Binti Ahmad
012-676.9367

Sunday, 6 March 2016

Shopping Part 1

06032016 - Ahad (3.30am)
---------------------------------

Bismillah...
Dah pukul 3 pagi, belum tidur. Esok sure mengantuk. Tapi sebab rindu nak berblog, tak yahlah fikir sangat pasal hal mengantuk esok ni. Lagi pun, kalau tertidur atas sofa, kakak Zahra ada. Dia boleh tolong kejut. Dalam erti kata lain, menjerit. Hahaha...baik punya sound sistem.

Harini nak bercerita santai-santai jek. Terkenang, sebab dah 5 tahun kawin, bergelar isteri, ibu dan suri rumah. Rindu zaman-zaman dulu. Sapa tak rindu beb. Zaman bujang, zaman bekerja, zaman bergaji bershopping. Sekarang shopping jugak. Tapi keadaan tak sama. rasa banyak online dari offline. Kalau keluar pun setakat keluar makan je. Sebab ada anak kecik. Bila menyusu badan ni, anak-anak, more ngan mama dari papa. Papa dicari bila time gurau senda kasar jek. Lagi satu, laki ni, bila wife shopping, bab menunggu dia ok. OK kalau anak-anak dah boleh bawak diri. Kalau yang baby ni, en.suami ni jadik tak keruan. Korang tanyala soalan macam sesuai tak baju ni, ok tak color ni, cantik tak...Semua dia akan cakap ok. Dan yang tak best, bila dia cakap "Cepatlah, anak nangis. Anak taknak dok diam, taktahu nak ape. Ambik jela baju tu pun."

Hah dah balik ambik engko. Maka terjadilah episod, alamak nyesal tak ambik. Alamak nyesal ambik yang ni, tak lawa plak. Kengkonon, salah cermin umah. Sebab masa try kat bilik fitting, cermin tu buat nampak cantik je pakai...Slim melim...Lawa ada style macam Che Ta. Owh pasrah...Maka terperaplah baju yang baru beli dalam wardrobe. Dan mencari kekuatan dan keyakinan balik untuk pakai baju tuh...Itu hakaklah...hahaha...Ohhh...ku tak mau kenang-kenang lagi.

Sekarang, banyaklah bershopping online. Ini lagi sedih. Bila beronline ni, mudah tu mudah. Pilihan pun banyak. Tapiii, disebabkan pilihan banyak lah buat kepala jadi feninggg. Mula datang tamak. 1 tak cukup, ambik dua. Bila bukak, online web lain, beli lagi. Tengok-tengok dah susut duit akaun. Waaa...Yela, bila online pakai akaun sendiri, takde orang nak marah. Ce kalo pegi bawak e.suami gi shopping kat mall, mau ada warning wooo...Tambah lagi pakai duit dia. Pastu, mendengar soalan-soalan standard wanita bila bershopping. Mau tak bising? hahaha...

Wuhuuu...Dah pukul 5 pagi. Dah mengantuk. Alahai, lagi 1 jam nak subuh. Nanti kita sambung Part 2. Nak mandi dulu bagi segar badan. Boleh solat terus.

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Wednesday, 2 December 2015

Tips Kekal Langsing

Tips Untuk Kekalkan Berat Badan Sihat Adalah Dengan Memastikan Tidur Awal.
---
Jeng jeng...hah, dalam dok google tips untuk kurus tetengah malam buta pop mata tertumpu kat - Lack of Sleep Lead to The Weight Gain.

Jebek (bahasa ganu) kejap. Kalo sekali sekale okla kan...Akak hari-hari tido lambat. Bukan akak sorang je, rasa ramai lagi gadis-gadis dan wanita kat luar sana bersengkang mata. Sebab time tetengah malam buta je la mampu ngadap intenet dengan aman. Waktu lain - O.U.T.
Lagila Puteri-puteri kesayangan hamba amatlah jeles dengan mamanya bila bersama handphone sambil blunjuq kaki.

Tapi betul la apa yang dia kata. Masuk akal. Sebab bila kita tidur lewat, akan menyebabkan kita lapar, makan berlebihan sehingga menyebabkan 'weight gain'...

Situasi dia camnila. Dok berFB, ber Instagram, buat assignment, of course laparkan. Cam akak ni hah. Air milo pekena dengan biskut Jacobs Wheetmeal. Jangan kata 5 keping. 20 keping pon boleh abis.

Lagila kalo pekena megi. Perghhh...pedas leleh-leleh. Ikut hati nak je buat kat dapur, tapi sebab breastfeed Raisya. Kalo bujang trang tang tang pulak, malam minggu boleh lepak minum teh tarik. Nasi kandaq pun sodap... Alamak sedapnya nasi kandaq pelita. Hahaha...
.
Hasil googlan dari Mr Google mengatakan ia disebabkan oleh 2 hormon di dalam badan manusia iaitu ghrelin dan leptin yang buatkan kita makan banyak bila tidur lambat.

GHRELIN - regulate normal feelings of hunger and fullness. when you’re short on sleep, your ghrelin levels go up, stimulating your appetite so you want more food than normal.

LEPTIN - Leptin levels go down when ghrelin is up. Meaning you don’t feel satisfied and want to keep eating. This can lead to overeating and, ultimately, weight gain.
..
Akak turun bawah jap. Buat Excel Tea. Hehehe..mana tau esok turun 5kg.


Hahaha...ok sambung tulis blog. Dan dan turun buat teh. Sebab nak detoks. Best teh ni, cuci perut. Takdak memulas-mulas tau. Memang keluar abis la. Kalau 3 hari tak membuang, jangan terkejut tau, banyak keluar. Hahaha...Akak bagitahu je. Pengalaman. Yang sembelit elok ambik Excel Tea. Sebab dalam teh ni ada Aloe Vera.

Ok done. Cukopla takat ni. Lepas perabih teh ni nak tido...Yang masih berburung hantu, cecepat la...buat yg terpaksa tido lambat bertabahla ye 😅😅😅.

Love,
Mama Hana
[enotots dot blogspot dot com]
FB page : Sihat Bersama SNE

Thursday, 26 November 2015

Blouse Aleesya Blouse Wanita Stylish Terkini 2015!

Haa...Baru nak update dalam blog ^_^ Padahal dah berniaga pakaian muslimah ni dah lama. Cuma everyday selalu update kat facebook (FB) :-
https://m.facebook.com/HanaLegacyCollections/
(Follow la ye 😉)

Tapi akak still dengan bisness SNE tau. Produk bagus, takkan tinggal punyeee. 😁

So malam ni akak update Blouse Aleesya dulula ye. Sebab yang ni latest keluaran, our latest collection untuk Nov' 2015. Cantekkk habaq hanggg 😆

Terdapat dalam 6 warna. Tapiii...
Ada tapi tau...Setiap color baju tu kita gabungkan lagi 2 warna lain. Maksudnya 1 baju ada 3 warna. Ala-ala paddle pop gitu.
Banyaknya color??? Mesti dalam otak korang *ting*ting*ting ??? tertanya-tanya.

Ok, ada 2 sebab:-
1) Kita reka and cut kain tu untuk memberikan refleksi/bayangan kurus...slim buat si pemakai. (Rujuk gambar) bahagian sisi kita letak different color untuk nampakkan lebih tinggi lebih slim.

2) Yang kedua...senang korang nak matching tudung/shawl. Kalau takde color tu, boleh match color yang korang ade. Kalau ada tiga-tiga color, boleh selang seli pakai tudung/shawl dengan blouse warna yang sama setiap minggu. Kompem orang tak perasan punye...hahaha..ok akak gurau je.

Rekaan kita bukan sahaja untuk muda remaja sahaja tapi jugak untuk wanita-wanita hamil, ibu-ibu mengandung.

Sebab tu kita guna Viscose Cotton. Material Cotton Viscose ni tak panas, serap peluh dan sesuai dengan cuaca Malaysia serta rutin harian.

Dan...ada lagi nak bagitahu ni 😁...
Design Blouse Aleesya ni kita buat flowy-mowy at the bottom.
Boleh sorok "kelebihan-kelebihan" lipatan yang ada.
Dan kita memahami ibu-ibu pregnant. Kalau boleh baju/blouse pakai time mengandung selesa, biar rasa macam angin je masuk.
Ini pengalaman akak. Bukan senang nak cari baju untuk ibu mengandung ni. Kalau ada pun, yang cantek yang lawa, tak patuh shariah. Sudahnya...jubah jadi pilihan. So, Blouse Aleesya ni satu kelainan buat ibu-ibu hamil kat luar sana.

Blouse Aleesya didatangkan bermula dari Size M (38) sehingga Size 46 (XXXL)
(Refer gambar untuk ukuran)
Nak Size kecik lagi? Boleh. Kita buatkan 😊

Terdapat dalam 6 warna iaitu:-
1- Milo Brown
2- Pink
3- Soft Orange
4- Grey
5- Light Yellow
6- Light Blue
*Gambar - color might be slightly different due to lighting during photo session. Maaf.

Milo Brown

Light Yellow

Pink

Soft Orange

Light Blue

Grey

Harga? Lupa pulak nak bagitau.
RM75/pc + postage RM7/RM12(sem, ss)

So, kalau ada yang terbaca blog akak boleh tolong hebah-hebahkan, war-warkan, cadang-cadangkan pada saudara mara, sahabat-sahabat or update dalam blog/fb korang 😆.

Kot-kot ada yang tengah mencari blouse muslimah complete dengan nursing friendly (BF friendly), wudhuk friendly, shariah compliant yet up to date, bolehla suggest Blouse Aleesya. Tapi takde komisyen. Hikhikhik...

Pada yang berminat nak dapatkan Blouse Aleesya (yang serius sahaja tau) Boleh wassap | telegram akan di no.  012-676.9367.
(PLEASE JANGAN KOMEN KAT SINI KALAU NAK RESPON PANTAS)

Akhir kata, akak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog akak.
Assalamualaikum wbt ( tak jawab dosa 😊)

Note: Sebelum akak lupa, pada mereka otak berniaga, akak ada bukak untuk borong. Min 10 helai shj. Boleh wassap/telegram no. di atas ☝

Love,
Mama Hana
[enotots dot blogspot dot com]

Sunday, 1 November 2015

Hana Raisya

Bismillah...

Alhamdulillah...puteri ke-3 kami, Hana Raisya binti Mohamad Hazwan selamat dilahirkan pada 8 Mei 2015.

Kalau Raisya nak tahu...Muka kamu sebijik macam muka kakak kamu, kakak Sofea masa baby.

Sayu plak hati mama bila baca entry mama pasal khas untuk kakak Sofea. 😢

Mama tahu kakak Sofea sabar dan tabah orangnya. Kalau nak tahu, dia yang paling banyak cium Raisya tau!

Kalau kene marah, Raisya yang dicari dulu. Kak Sofea akan peluk, cium kamu sampai penyet pipi kamu yang tembam tu tau. 

Bangun dari tidur, baby jugak yang disebut, di cari...Bertuahnya Eicha! 

Eicha tu panggilan nama yang paling perfect kakak kamu sebut. Al-maklum pelat...hahaha..

Ok,dah lewat. Selamat malam

Love,

Mama Hana.

01112015

Sunday, 1 March 2015

WIS-D ESSENCE

Hari ni kita berkenalan dengan 1 lagi produk SNE iaitu Wis-D Essence secara umum ya. Next entry baru kita kupas secara terperinci. Kang taip panjang-panjang bosan pulak sampai naik mengantuk. (Mengata diri sendiri) ... ^_^. 

Wis-D Essence ni merupakan supplemen / makanan tambahan untuk tumbesaran tulang dan kecerdasan otak khususnya. 
Gambar kat bawah merupakan Wis-D Essence, produk keluaran SNE Marketing. Mengandungi 60 biji kapsul dalam 1 kotak. Jangan risau, semua produk keluaran SNE mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan di jamin halal.


Nama Produk : Wis-D Essence
Berat 1 Kapsul : 300mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031425TR
Harga Pasaran : RM 240.00

Setiap produk SNE Marketing mempunyai Tagline nye yang tersendiri. Untuk Wis-D Essence ni tagline nya adalah :-
"Mengubah Statistik Kecerdasan Otak Dan Ketinggian manusia."

Agak-agak faham tak? - Mengubah Statistik Kecerdasan Otak -
Dalam bahasa mudah untuk saya terang adalah, meningkatkan tahap fungsi otak seseorang...


:: 5 KELEBIHAN UTAMA ::
~ Merangsang rembesan factor tumbesaran
~ Merangsang kelenjar pituitary
~ Mengaktifkan sel, memperbaiki penghasilan factor tumbesaran oleh kelenjar pituitary
~ Membekalkan nutrient yang cukup
~ Meningkatkan kecerdasan otak.


Wis-D Essence diformulasi dengan menggunakan gabungan teknologi penyelidikan canggih dan konsep perubatan tradisional Cina dalam proses pengekstrakan factor aktif FV (factor bio-tumbesaran) dari tumbuhan asli semulajadi demi membentuk elemen berkhasiat yang diperlukan dalam proses perkembangan IQ dan ketinggian manusia. Ia meningkatkan fungsi system metabolic endokrin manusia, merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan factor tumbesaran yang banyak, dan meningkatkan kadar pertumbuhan tulang dan IQ.

ISI KANDUNGAN DALAM WIS-D






:: FUNGSI ::
1. Meningkatkan fungsi otak dan IQ
# Meningkatkan daya ingatan dan mencegah demensia
# Memperbaiki dan merangsang sel-sel otak
# Mempergiatkan sintesis, pertumbuhan dan pembentukan sel DNA dan RNA; mencegah penuaan sel otak.
# Meningkatkan keaktifan sel SOD dan daya antipengoksidaan, menyingkirkan radikal bebas, melindungi tisu otak.
# Memperbaiki peredaran darah otak, merangsang sel-sel otak yang dorman.


2. Tumbesaran tulang
# Meningkatkan factor tumbesaran dalam badan, mempercepatkkan tumbesaran tulang.
# Menggalakkan fungsi penceraian tulang dan factor tumbesaran sel-sel tulang.
# Merangsang rekahan epifisis dan sel-sel rawan, mempergiatkan tulang baru dengan meningkatkan kadar sintesis tulang melalui tindak balas kalsifikasi dengan protein, memanjangkan tempoh tumbesaran tulang dan membuka semula titik pertumbuhan tulang yang telah menjadi keras.


:: 4 PERINGKAT UTAMA ::
=============================
Peringkat 1 : Tempoh Permulaan
Memperbaiki sel-sel otak, sel-sel tulang, daya ingatan, selera makan, system penghadaman dan kualiti tidur.

Peringkat 2 : Tempoh Pemulihan
Menyelaraskan system endokrin, memperbaiki sel-sel tulang dan otak, mempergiatkan rembesan kelenjar pituitary dan meningkatkan daya ingatan.

Peringkat 3 : Tempoh Pertumbuhan
Memperbaiki dan memperbaharui factor gen, ketinggian meningkat sebanyak 3cm
Peringkat 4 : Tempoh Konsolidasi 
Kadar tumbesaran meningkat, peningkatan IQ, daya ingatan dan penglihatan, kecerdasan tenaga badan dan memperlambatkan tempoh penutupan epifisis.

Sesuai untuk :
* Individu yang mengalami kerencatan tumbesaran
* Individu yang mempunyai lemah ingatan
* Individu yang pernah mengalami kehilangan daya ingatan, sakit kepala dan kekebasan sendi, tangan dan kaki.
* Kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami peringkat tumbesaran.
* Individu yang mempunyai daya penglihatan yang lemah.
* Individu yang sering mendekatkan diri dengan sinaran radioaktif dari computer, televisyen dan sinaran matahari.
* Individu yang ahli keluarganya mempunyai penyakit yang berkaitan dengan otak seperti strok, penyakit Alzheimer’s atau Pakinson’s.
* Individu yang kerap insomnia dan sering mengalami tekanan.


Bagaimana nak dapatkan produk ni? Senang je, SMS | Whatsapp no. hp yang tertera kat bawah ni. Time rajin-rajin ber"facebook" tu, jangan lupa singgah my FanPage dan ringan-ringankan tangan untuk klik "LIKE" =)

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367