Total Pageviews

Rezeki

Tuesday 16 December 2014

DISCLAIMER



***Untuk makluman pembaca di luar sana, bagi mereka yang berminat untuk membeli SNE Kapsul, semua maklumat yang tercatat di sini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau menggantikan nasihat pakar perubatan bertauliah. 
***Perlu diingatkan SNE Kapsul adalah merupakan supplemen/makanan tambahan sebagai pelengkap keperluan badan dan tidak merawat terus ke atas penyakit. Sebaliknya khasiat SNE Kapsul diserap oleh sel dan organ badan, dan mengaktifkan semula sistem badan untuk bekerja dengan lebih baik. Dan dalam masa yang sama ia akan meningkatkan antibodi badan kita ke tahap yang Maksimum.
***Pembaca digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkan supplement ini.
***Kesan dan pengalaman penggunaan produk adalah berbeza untuk setiap individu.

Love,
Enotots [dot]blogspot [dot] com

~Untuk Sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan dengan produk, sila hubungi melalui SMS/Whatsapp di nombor yang tertera di bawah:-

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Monday 15 December 2014

PELUANG BISNES SECARA PART TIME BERSAMA SNE


SAYA SEORANG SURI RUMAH SEPENUH MASA.
SAYA BERNIAGA UNTUK MEMENUHKAN POKET SAVING SAYA DAN MENIKMATI KEHIDUPAN YANG JAUH LEBIH BAIK!

ANDA PULA BAGAIMANA? 


Ramai yang cakap nak itu, nak ini, nak yang berkualiti, nak yang cantik...Yang selalu didengar hanyalah nak,nak,nak...
TAPIII...tak ramai yang sanggup tanggung RISIKO dan memberi KOMITMEN...
Mendengarkan perbincangan berkenaan Rancang Ekonomi Anda oleh Pn Hjh Rohani Datuk M.Shahir, Konsultan Perancangan Kewangan Islam di Wanita Hari Ini, TV3, beliau memberi contoh dengan melakukan simpanan setiap bulan sebanyak RM1000.
*** Simpan setiap bulan RM1000, dlm masa 10thn >> RM 204,000
*** Simpan setiap bulan RM1000, dlm masa 20thn >> RM 700,000
(Konsep "Compounding")

Dalam hati saya, wow!!! 10 tahun dalam simpanan RM200K. 
Tapi yang kerja 10 tahun pun belum tentu ada total savings RM100k.

Agak-agak berapa ramai di kalangan kita dapat menyimpan RM1000 sebulan ???
Berapa ramai? 
Dulu masa saya bekerja dan belum berkahwin pun tak mampu untuk menyimpan RM1000 sebulan. Banyak "pintu" yang perlu dihulurkan dan difikirkan.

Sekarang cuba kita fikir. Adakah simpanan bulanan kita bergantung kepada pendapatan aktif iaitu gaji bulanan? Berapa banyak yang anda dapat simpan setiap bulan? Dan berapa banyak duit "KELUAR-MASUK" ?

Padahal banyak cara untuk buat duit sebenarnya. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk membuat keputusan dan permulaan untuk bertindak.
Dan dalam rancangan WHI, Puan Hajah sendiri mencadangkan wanita yang nak tambah pendapatan, agar berniaga. Nak mudah, modal kecik, bisnes secara Online. Kurang risiko katanya.

Dan saya yang kini bergelar "suri rumah sepenuh masa" juga memilih berbisnes secara online dan fokus pada pendapatan pasif.
Dulu saya pun tak suka buat bisnes yang ada orang atas-upline, bawah downline sebab fikir yang untung orang atas. Yang bawah, bagai nak rak promot sana sini.



Sekiranya anda tak pernah terjebak dalam bisnes ni atau pernah terjebak tapi "Gagal" dan upline anda tak secara telus menolong, menerangkan bagaimana sistem berjalan...Jangan salahkan MLM tapi salahkan diri anda sendiri.
Sebab saya pun macam tu dulu. Bila dah jelas, bertemu dengan UPLINE yang betul-betul niat untuk membantu, saya mula "terpikat".

UPLINE/LEADER yang di atas, takkan berpangkat jika anak-anak buahnya yang di bawah, tak naik pangkat...Dapat tak maksud saya? Sekarang, saya baru faham, "Saya Buat, Saya Dapat." "Real Team, Real Winner."
Tak perlulah kita fikir, upline jek "makan" banyak, yang penting, kita sama-sama berdaya maju, bersaing dan dapat tingkatkan ekonomi rumah tangga.

Ingat kata-kata Dr.Azizan Osman - "Simpanlah kisah kejayaan orang lain di dalam pemikiran kita kerana tak lama lagi kejayaan itu juga akan menjadikan kita berjaya!" 
In Shaa Allah!

Saya menjemput ANDA yang NAK berniaga dan BERANI berniaga, hubungi saya melalui SMS/whatsapp di talian 012-676.9367 atau pm Inbox di facebook.com/PuanNoorrizah

"Retire Young, Retire Rich"
#SNEWayToFreedom.

Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com
DREAM BIG. START SMALL. ACT NOW!

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Saturday 13 December 2014

PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS.



Sharing is caring.
Ada beberapa petua yang ingin di kongsi bersama. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

1. Daun sirih :
Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan kegatalan di tempat sulit. Anda boleh cuba dengan meramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, Atau rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari. Dimulakan dengan membaca selawat. Selain menghilang gatal dan bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.
Sebaiknya mulakan dengan niat, dan berdoa pd Allah supaya sembuh.

2. Daun Pegaga :
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Air barli :
Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam dan minum airnya. Anda boleh campurkan sedikit gula sebelum minum tetapi seelok-eloknya jangan ditambah gula.In shaa Allah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

4. Air basuhan beras TERAKHIR :
Satu cara yang mudah adalah dengan meminum air dari basuhan beras yang bersih yang terakhir sebanyak satu gelas pada setiap hari selepas makan tengahari sehingga sembuh.
Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh. Sebaiknya guna air yg ditapis

5. Jus Nenas yg kurang masak :
Satu cara lagi adalah dengan meminum air nenas. Minum air nenas juga dikatakan boleh mencegah penyakit batu karang. Caranya ambil sebiji nenas yang kurang masak, bersihkan dan jadikan beberapa potongan. Kemudian ambil dua potong nenas dikisar bersama dua gelas air. Lepas tu tapis dan minum airnya. Amalkan meminum dengan dua kali sehari. Kesannya akan semakin pulih selepas dua minggu, inshaAllah.

6. Lobak Putih :
Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. In shaa Allah anda dapat lihat hasil yg positif.

Semoga bermanfaat!

Love,

Enotots [dot] blogspot [dot] com
012-676.9367
#PerundingSNEAnda
#ProdukSNE
#SNEKapsul mampu merawat masalah buah pinggang/Batu Karang
#BeutskinEssence merawat masalah keputihan/senggugut/period tidak teratur
#ExcelTea melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil & besar


Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin

SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Tuesday 2 December 2014

KISAH PESANAN TERAKHIR SEORANG AYAH BUAT DUA ANAKNYA DAN BAGAIMANAKAH MEREKA BERFIKIR...

Kisah ini hanyalah merupakan kisah rekaan namun ianya sarat dengan pengajaran tentang bagaimana cara kita berfikir untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Bagaimana satu benda yang sama, boleh dilihat secara berbeza, bergantung kepada persepsi yang kita ada.
“MINDSET”
Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu.”
“Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun.”
“Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung.”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yang sangat mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya, “Wahai anak sulungku, kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”
Si sulung menjawab,
“Saya mengikuti pesan ayah bu…”
“Saya dilarang menagih hutang daripada siapa pun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya.”
“Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi.”
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bongsu sukses menjalankan perniagaannya.
Sang ibu pun bertanya, “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bongsu menjawab,
“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..”
“Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh.”
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat.”
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA, namun masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.
Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dr kisah ini..
Hati-hatilah dengan Mindset kita.. Mindset positif memberi hasil yang menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil yang pasti menghancurkan.


"Be Like A Duck Above The Surface,
Look Calm & Unruffled.
But Below The Surface Paddle Like Hell !"


Ubah Cara Fikir,
Ubah Hala Tuju Hidup,
Menjadi Lebih Postif.
Love,
enotots[dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

#For business opportunities (Part Time/Full Time) Feel Free To Contact Me Through SMS/Whatsapp
#Jika anda berminat untuk mencari peluang perniagaan/menambah pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa, sila hubungi saya di talian di no. yang tertera seperti di atas.

Tuesday 11 November 2014

VIDEO JERAGAT YG WAJIB DISHARE. TAK RUGI TENGOK !

JERAGAT OH JERAGAT...
Bagaimana Ultraviolet Camera mengesan NOT-YET-VISIBLE (pigmentasi/jeragat yg belum kelihatan)...
Such a funny videos but useful. Please watch !

JERAGAT akan muncul dan keluar apabila usia kita semakin meningkat.
Jeragat sebenarnya perlu dirawat dari bawah kulit, bukan dengan teknik pengelupasan kulit wajah. Jeragat anda akan mula menebal, keras dan degil serta susah untuk dipulihkan jika anda tersalah teknik dan tersalah menggunakan produk. 
Jadi, rawat segera pigmentasi/jeragat sebelum ia bertambah teruk.
Apa yang saya syorkan adalah pengambilan Beutskin Essence, Excel Tea, SNE Kapsul dan Kopi Royal Seabuck Soyfee.

Untuk penggunaan skincare pulak, gunakan rangkaian Shamone Skincare SNE.

Macam banyak jek kene pakai...Macam banyak jek fulus RM$$$ kne keluar...hihihi...

Pengambilan di syorkan bergantung kepada tahap keseriusan masalah kulit. Kurang masalah, kuranglah penggunaan produk. Banyak masalah, banyaklah jalan yang perlu diambil ^_^

Sebab itu, rata-rata iklan yang korang lihat, tak kiralah iklan apa "tagline" mesti - pencegahan awal perlu di ambil, penjagaan awal adalah yang terbaik...kannnn...

Kalau anda concern pasal kesihatan, kecantikan, jom amalkan produk SNE ^_^

Camna nak dapatkannye? Sonang ajo, whatsapp ke 012-676 9367. Jangan komen kat sini, takut terlambat respon. Respon pantas and tuntas hanya melalui SMS/Whatsapp ke handphone tau!

Sharing is caring,
Sharing is loving
Love,
enotots [dot] blogspot [dot] com



Sunday 9 November 2014

POKOK HIASAN YANG MEMBAHAYAKAN !



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Sumber : medlineplus

#copynpaste

Sharing is caring,
Sharing is loving.

Love,
enotots [dot] blogspot [dot] com
012-676 9367
(SNE Independent Distributor)

Sunday 2 November 2014

MAKSUD TERSEMBUNYI DARIPADA TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN

MESTI BACA TAU... SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA


Tanda-Tanda Sakit Di Badan

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

=====================================
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
=====================================

a) Mata menjadi merah :
- Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur :
- Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata :
- Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata :
- Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak :
- Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

====================================================
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
====================================================

a) Selesema :
- Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat :
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersini :
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

========
3. BATUK
========

a) Batuk keluar kahak :
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak :
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

===============
4. KERONGKONG
===============

a) Kerongkong kering :
- Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong :
- Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

============================================
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
============================================

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah :
- Perut mengandungi banyak bahan toksin.

====================================================
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
====================================================

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
- Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
- Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk :
- Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

====================================
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
====================================

a) Telinga terasa tersumbat :
- Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung :
- Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

===============
8. KULIT Berpeluh
===============

a) Peluh masin :
- Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau :
- Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

===================================================
9. RUAM DAN BISUL :
- Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

===================================================
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

===================================================
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

===================================================
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

===============================
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

========================
14. TANDA-TANDA DALAMAN
========================

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
a) Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
a) Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
a) Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

============================
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
============================
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

=================================
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
=================================
a) Tanda sakit jantung.

=============================
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
=============================
a) Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

===========
18. KENCING
===========

a) KERAP KENCING
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR
- Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH :
- Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

===================
19. BUANG AIR BESAR
===================

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
- Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

==========
20. BADAN
==========

a) RASA SAKIT :
- Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
- Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

================================================
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



SNE Kapsul Mengubah Statistik Kesihatan Anda


SUMBER:
Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis

#Sharing with Love,

enotot [dot] blogspot [dot] com
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk SNE, SMS/Whatsapp ke 012-6769367 untuk respond pantas.

7 TABIAT SELEPAS MAKAN - PERLU DIELAKKAN !!!

7 Tabiat Yang Mengundang Bahaya...MESTI BACA

* Jangan Merokok - Satu kajian telah dijalankan oleh pakar membuktikan Merokok selepas makan bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Di mana dikatakan peluang untuk mendapat penyakit kanser adalah tinggi)

* Jangan memakan buah sejurus selepas makan - Apabila anda makan buah dengan juadah makan pagi, tgh hari atau malam, pencernaan buah tersebut akan tersangkut bersama dengan makanan yang anda makan sebentar tadi di dalam perut dan tidak akan sampai ke sistem pencernaan dengan betul. Pabila tersangkut, segala nutrient yg dibawa oleh buah akan musnah begitu sahaja bersama-sama makanan yang di proses di dalam perut.
Sebaiknya, buah di makan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau selepas makan. Bukan kah amalan Nabi kita bertahun lamanya telah mengamalkan makan buah sebelum nasi? Subhanallah.
Dan memakan buah sebelum sarapan adalah yang terbaik. Di mana satu kajian menunjukkan bahawa pagi merupakan waktu terbaik di mana badan dapat menggunakan segala nutrient secara maksima dari sumber buah-buahan dan dapat membekalkan tenaga yang secukupnya. Dan tahukah anda, pengambilan SNE Kapsul, Beutskin Essence adalah disyorkan pengambilannya pada waktu pagi sebelum sarapan? Dan semestinya suplement ini berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan herba semulajadi!

* Jangan minum teh – Ini adalah kerana daun teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan protein yang terkandung di dalam makanan yang kita makan menjadi tepu dan susah untuk dicerna. Sebaik-baiknya minumlah tea 1 jam selepas makan. Dan tahukah anda, Excel Tea merupakan satu-satunya teh yang tidak menggunakan daun teh. Ia terdiri daripada daun Seabuckthorn, Aloe Vera, Stigma Maydis dan hawthorn.

* Jangan longgarkan tali pinggang anda! - Ini adalah fiksyen, tapi logik 
Bila kita sudah kenyang memakan sesuatu hidangan yang sedap, dan anda terasa tersekat di bahagian perut, anda akan cuba untuk menyelesakan diri. Biasanya, melonggarkan talipinggang untuk kelesaan perut. Sebenarnya, melonggarkan tali pinggang, adalah idea yang tidak bagus. Bayangkan, sesuatu yang tersekat di perut, kemudian dilonggarkan, ia diibaratkan membuka ruang pada perut anda. Dan keinginan untuk makan semula adalah tinggi kerana anda merasakan, anda masih boleh menerima makanan. Pendek kata, melonggarkan tali pinggang penyumbang kepada makan berlebihan.

* Jangan mandi selepas makan – Mandi selepas makan akan menyebabkan pengaliran darah akan bertambah ke arah tangan, kaki dan badan. Jadi, sejumlah pengaliran darah di kawasan perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan perut kita.

* Jangan berjalan - Ini adalah fakta dan tidak baik untuk kesihatan!
Berjalan selepas makan adalah sesuatu perkara yang tidak elok dimana ia akan membawa kepada reflux asid dan pencernaan yang tidak sempurna. TETAPI, berjalan 1 jam selepas makan adalah baik untuk diri anda. Menurut kajian saintis dari Department of Exercise Science at the University of South Carolina, berjalan selepas senaman adalah cara baik untuk membakar tenaga. Berjalan dengan 10 minit sudah mencukupi.

* Jangan tidur selepas makan – Makanan yang dimakan tidak dapat dicerna dengan baik. Di mana a dikatakan punca gastrik dan jangkitan di dalam sistem pencernaan



7 Tabiat Bahaya Selepas Makan
#Sharing with love,
enotot [dot] blogspot [dot] com
SMS/Whatsapp : 012 - 676 9367

Friday 18 July 2014

ANOTHER DATE TO REMEMBER -17072014-

#MH17

#Al-Fatihah


#Pray4TheVictims

#Pray4TheCrews


Salam Sayang dari,
Enotots.blogspot.com


Saturday 29 March 2014

Our 2nd Daughter In Da Houz'

Bismillah...
Assalamualaikum...
Dalam keributan #rememberingMH370, syukurilah segala nikmat yang kita ada.
Jadi, nikmatilah saat-saat indah di hadapan kita dengan penuh syukur ke hadrat Illahi.
Alhamdulillah.

Itu mukadimah, permulaan untuk pembuka bicara entry 2014. Padahal dah dekat End of March.
Anak ke-2 pun dah hampir genap RM5 ribu..eh bukan 5 bulan...ok takde kene mengene duit ngan umur...abaikan.

Ini my 2nd daughter Hana Sofea Binti Mohamad Hazwan. Lahir 11 November 2013 jam 9.21 malam. Complete. Kalau tengok IC no. kat birth certifite dah confius sbb 20131111-10-XXXX. Banyak sangat nombor 1. Agaknye, kalo balik ganu, mau IC no. 20131111-11-XXXX. Agaknye camnelah yg lahir 2011 kat Terengganu. 20111111-11-1111...Allahuakbar. Lagi unik. OK, dah melalut pasai IC pulak.



Gambar ni, masa time aqiqah. Buat ketika dia umur 3bulan. Lambat, sebab cuti berpantangku kat kampung adalah selama 3 bulan. Aqiqah kat kampung, cam kesian pulak kat mak ayah. Orang kampung suke rewang, pulak tuh hujung tahun. Kat pantai timur, musim hujan aka tengkujuh...banjir. Tak bestlah. Menyusahkan mak bapak. So, balik KL, buat umah mak mertua.

Pengalaman bersalin? Mesti 1st time mommy, nak bace kan. Nak tahu, bersalin kat mane, kos brape, doktor mane, pakai selipar jepun ke mase bersalin?...Eh salah.
Nanti saya share ye. Yang pasti, my 2nd experienced with Dr. Norfidak kat Tropicana, Allahuakbar. Rase cam nak beranak kali ke-3. Takut tuh ada. Tapi, Masha'Allah, Allahuakbar, lain kali ni, compare yang kakak bersalin kat PPUM.

Nanti sambung k. Pumping session dah stop. So, nak sambung keje lain plak.
Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk penulisan tuh, dari saya sendiri.

Assalamualaikum.
w.noorrizah@gmail.com
(enotots@blogspot.com)