Total Pageviews

Rezeki

Saturday 29 March 2014

Our 2nd Daughter In Da Houz'

Bismillah...
Assalamualaikum...
Dalam keributan #rememberingMH370, syukurilah segala nikmat yang kita ada.
Jadi, nikmatilah saat-saat indah di hadapan kita dengan penuh syukur ke hadrat Illahi.
Alhamdulillah.

Itu mukadimah, permulaan untuk pembuka bicara entry 2014. Padahal dah dekat End of March.
Anak ke-2 pun dah hampir genap RM5 ribu..eh bukan 5 bulan...ok takde kene mengene duit ngan umur...abaikan.

Ini my 2nd daughter Hana Sofea Binti Mohamad Hazwan. Lahir 11 November 2013 jam 9.21 malam. Complete. Kalau tengok IC no. kat birth certifite dah confius sbb 20131111-10-XXXX. Banyak sangat nombor 1. Agaknye, kalo balik ganu, mau IC no. 20131111-11-XXXX. Agaknye camnelah yg lahir 2011 kat Terengganu. 20111111-11-1111...Allahuakbar. Lagi unik. OK, dah melalut pasai IC pulak.



Gambar ni, masa time aqiqah. Buat ketika dia umur 3bulan. Lambat, sebab cuti berpantangku kat kampung adalah selama 3 bulan. Aqiqah kat kampung, cam kesian pulak kat mak ayah. Orang kampung suke rewang, pulak tuh hujung tahun. Kat pantai timur, musim hujan aka tengkujuh...banjir. Tak bestlah. Menyusahkan mak bapak. So, balik KL, buat umah mak mertua.

Pengalaman bersalin? Mesti 1st time mommy, nak bace kan. Nak tahu, bersalin kat mane, kos brape, doktor mane, pakai selipar jepun ke mase bersalin?...Eh salah.
Nanti saya share ye. Yang pasti, my 2nd experienced with Dr. Norfidak kat Tropicana, Allahuakbar. Rase cam nak beranak kali ke-3. Takut tuh ada. Tapi, Masha'Allah, Allahuakbar, lain kali ni, compare yang kakak bersalin kat PPUM.

Nanti sambung k. Pumping session dah stop. So, nak sambung keje lain plak.
Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk penulisan tuh, dari saya sendiri.

Assalamualaikum.
w.noorrizah@gmail.com
(enotots@blogspot.com)