Total Pageviews

Rezeki

Saturday 13 December 2014

PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS.



Sharing is caring.
Ada beberapa petua yang ingin di kongsi bersama. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

1. Daun sirih :
Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan kegatalan di tempat sulit. Anda boleh cuba dengan meramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, Atau rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari. Dimulakan dengan membaca selawat. Selain menghilang gatal dan bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.
Sebaiknya mulakan dengan niat, dan berdoa pd Allah supaya sembuh.

2. Daun Pegaga :
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Air barli :
Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam dan minum airnya. Anda boleh campurkan sedikit gula sebelum minum tetapi seelok-eloknya jangan ditambah gula.In shaa Allah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

4. Air basuhan beras TERAKHIR :
Satu cara yang mudah adalah dengan meminum air dari basuhan beras yang bersih yang terakhir sebanyak satu gelas pada setiap hari selepas makan tengahari sehingga sembuh.
Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh. Sebaiknya guna air yg ditapis

5. Jus Nenas yg kurang masak :
Satu cara lagi adalah dengan meminum air nenas. Minum air nenas juga dikatakan boleh mencegah penyakit batu karang. Caranya ambil sebiji nenas yang kurang masak, bersihkan dan jadikan beberapa potongan. Kemudian ambil dua potong nenas dikisar bersama dua gelas air. Lepas tu tapis dan minum airnya. Amalkan meminum dengan dua kali sehari. Kesannya akan semakin pulih selepas dua minggu, inshaAllah.

6. Lobak Putih :
Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. In shaa Allah anda dapat lihat hasil yg positif.

Semoga bermanfaat!

Love,

Enotots [dot] blogspot [dot] com
012-676.9367
#PerundingSNEAnda
#ProdukSNE
#SNEKapsul mampu merawat masalah buah pinggang/Batu Karang
#BeutskinEssence merawat masalah keputihan/senggugut/period tidak teratur
#ExcelTea melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil & besar


Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin

SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

No comments:

Post a Comment

Kelip kelip nak kata