Total Pageviews

Rezeki

Wednesday, 2 December 2015

Tips Kekal Langsing

Tips Untuk Kekalkan Berat Badan Sihat Adalah Dengan Memastikan Tidur Awal.
---
Jeng jeng...hah, dalam dok google tips untuk kurus tetengah malam buta pop mata tertumpu kat - Lack of Sleep Lead to The Weight Gain.

Jebek (bahasa ganu) kejap. Kalo sekali sekale okla kan...Akak hari-hari tido lambat. Bukan akak sorang je, rasa ramai lagi gadis-gadis dan wanita kat luar sana bersengkang mata. Sebab time tetengah malam buta je la mampu ngadap intenet dengan aman. Waktu lain - O.U.T.
Lagila Puteri-puteri kesayangan hamba amatlah jeles dengan mamanya bila bersama handphone sambil blunjuq kaki.

Tapi betul la apa yang dia kata. Masuk akal. Sebab bila kita tidur lewat, akan menyebabkan kita lapar, makan berlebihan sehingga menyebabkan 'weight gain'...

Situasi dia camnila. Dok berFB, ber Instagram, buat assignment, of course laparkan. Cam akak ni hah. Air milo pekena dengan biskut Jacobs Wheetmeal. Jangan kata 5 keping. 20 keping pon boleh abis.

Lagila kalo pekena megi. Perghhh...pedas leleh-leleh. Ikut hati nak je buat kat dapur, tapi sebab breastfeed Raisya. Kalo bujang trang tang tang pulak, malam minggu boleh lepak minum teh tarik. Nasi kandaq pun sodap... Alamak sedapnya nasi kandaq pelita. Hahaha...
.
Hasil googlan dari Mr Google mengatakan ia disebabkan oleh 2 hormon di dalam badan manusia iaitu ghrelin dan leptin yang buatkan kita makan banyak bila tidur lambat.

GHRELIN - regulate normal feelings of hunger and fullness. when you’re short on sleep, your ghrelin levels go up, stimulating your appetite so you want more food than normal.

LEPTIN - Leptin levels go down when ghrelin is up. Meaning you don’t feel satisfied and want to keep eating. This can lead to overeating and, ultimately, weight gain.
..
Akak turun bawah jap. Buat Excel Tea. Hehehe..mana tau esok turun 5kg.


Hahaha...ok sambung tulis blog. Dan dan turun buat teh. Sebab nak detoks. Best teh ni, cuci perut. Takdak memulas-mulas tau. Memang keluar abis la. Kalau 3 hari tak membuang, jangan terkejut tau, banyak keluar. Hahaha...Akak bagitahu je. Pengalaman. Yang sembelit elok ambik Excel Tea. Sebab dalam teh ni ada Aloe Vera.

Ok done. Cukopla takat ni. Lepas perabih teh ni nak tido...Yang masih berburung hantu, cecepat la...buat yg terpaksa tido lambat bertabahla ye 😅😅😅.

Love,
Mama Hana
[enotots dot blogspot dot com]
FB page : Sihat Bersama SNE

Thursday, 26 November 2015

Blouse Aleesya Blouse Wanita Stylish Terkini 2015!

Haa...Baru nak update dalam blog ^_^ Padahal dah berniaga pakaian muslimah ni dah lama. Cuma everyday selalu update kat facebook (FB) :-
https://m.facebook.com/HanaLegacyCollections/
(Follow la ye 😉)

Tapi akak still dengan bisness SNE tau. Produk bagus, takkan tinggal punyeee. 😁

So malam ni akak update Blouse Aleesya dulula ye. Sebab yang ni latest keluaran, our latest collection untuk Nov' 2015. Cantekkk habaq hanggg 😆

Terdapat dalam 6 warna. Tapiii...
Ada tapi tau...Setiap color baju tu kita gabungkan lagi 2 warna lain. Maksudnya 1 baju ada 3 warna. Ala-ala paddle pop gitu.
Banyaknya color??? Mesti dalam otak korang *ting*ting*ting ??? tertanya-tanya.

Ok, ada 2 sebab:-
1) Kita reka and cut kain tu untuk memberikan refleksi/bayangan kurus...slim buat si pemakai. (Rujuk gambar) bahagian sisi kita letak different color untuk nampakkan lebih tinggi lebih slim.

2) Yang kedua...senang korang nak matching tudung/shawl. Kalau takde color tu, boleh match color yang korang ade. Kalau ada tiga-tiga color, boleh selang seli pakai tudung/shawl dengan blouse warna yang sama setiap minggu. Kompem orang tak perasan punye...hahaha..ok akak gurau je.

Rekaan kita bukan sahaja untuk muda remaja sahaja tapi jugak untuk wanita-wanita hamil, ibu-ibu mengandung.

Sebab tu kita guna Viscose Cotton. Material Cotton Viscose ni tak panas, serap peluh dan sesuai dengan cuaca Malaysia serta rutin harian.

Dan...ada lagi nak bagitahu ni 😁...
Design Blouse Aleesya ni kita buat flowy-mowy at the bottom.
Boleh sorok "kelebihan-kelebihan" lipatan yang ada.
Dan kita memahami ibu-ibu pregnant. Kalau boleh baju/blouse pakai time mengandung selesa, biar rasa macam angin je masuk.
Ini pengalaman akak. Bukan senang nak cari baju untuk ibu mengandung ni. Kalau ada pun, yang cantek yang lawa, tak patuh shariah. Sudahnya...jubah jadi pilihan. So, Blouse Aleesya ni satu kelainan buat ibu-ibu hamil kat luar sana.

Blouse Aleesya didatangkan bermula dari Size M (38) sehingga Size 46 (XXXL)
(Refer gambar untuk ukuran)
Nak Size kecik lagi? Boleh. Kita buatkan 😊

Terdapat dalam 6 warna iaitu:-
1- Milo Brown
2- Pink
3- Soft Orange
4- Grey
5- Light Yellow
6- Light Blue
*Gambar - color might be slightly different due to lighting during photo session. Maaf.

Milo Brown

Light Yellow

Pink

Soft Orange

Light Blue

Grey

Harga? Lupa pulak nak bagitau.
RM75/pc + postage RM7/RM12(sem, ss)

So, kalau ada yang terbaca blog akak boleh tolong hebah-hebahkan, war-warkan, cadang-cadangkan pada saudara mara, sahabat-sahabat or update dalam blog/fb korang 😆.

Kot-kot ada yang tengah mencari blouse muslimah complete dengan nursing friendly (BF friendly), wudhuk friendly, shariah compliant yet up to date, bolehla suggest Blouse Aleesya. Tapi takde komisyen. Hikhikhik...

Pada yang berminat nak dapatkan Blouse Aleesya (yang serius sahaja tau) Boleh wassap | telegram akan di no.  012-676.9367.
(PLEASE JANGAN KOMEN KAT SINI KALAU NAK RESPON PANTAS)

Akhir kata, akak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog akak.
Assalamualaikum wbt ( tak jawab dosa 😊)

Note: Sebelum akak lupa, pada mereka otak berniaga, akak ada bukak untuk borong. Min 10 helai shj. Boleh wassap/telegram no. di atas ☝

Love,
Mama Hana
[enotots dot blogspot dot com]

Sunday, 1 November 2015

Hana Raisya

Bismillah...

Alhamdulillah...puteri ke-3 kami, Hana Raisya binti Mohamad Hazwan selamat dilahirkan pada 8 Mei 2015.

Kalau Raisya nak tahu...Muka kamu sebijik macam muka kakak kamu, kakak Sofea masa baby.

Sayu plak hati mama bila baca entry mama pasal khas untuk kakak Sofea. 😢

Mama tahu kakak Sofea sabar dan tabah orangnya. Kalau nak tahu, dia yang paling banyak cium Raisya tau!

Kalau kene marah, Raisya yang dicari dulu. Kak Sofea akan peluk, cium kamu sampai penyet pipi kamu yang tembam tu tau. 

Bangun dari tidur, baby jugak yang disebut, di cari...Bertuahnya Eicha! 

Eicha tu panggilan nama yang paling perfect kakak kamu sebut. Al-maklum pelat...hahaha..

Ok,dah lewat. Selamat malam

Love,

Mama Hana.

01112015

Sunday, 1 March 2015

WIS-D ESSENCE

Hari ni kita berkenalan dengan 1 lagi produk SNE iaitu Wis-D Essence secara umum ya. Next entry baru kita kupas secara terperinci. Kang taip panjang-panjang bosan pulak sampai naik mengantuk. (Mengata diri sendiri) ... ^_^. 

Wis-D Essence ni merupakan supplemen / makanan tambahan untuk tumbesaran tulang dan kecerdasan otak khususnya. 
Gambar kat bawah merupakan Wis-D Essence, produk keluaran SNE Marketing. Mengandungi 60 biji kapsul dalam 1 kotak. Jangan risau, semua produk keluaran SNE mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan di jamin halal.


Nama Produk : Wis-D Essence
Berat 1 Kapsul : 300mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031425TR
Harga Pasaran : RM 240.00

Setiap produk SNE Marketing mempunyai Tagline nye yang tersendiri. Untuk Wis-D Essence ni tagline nya adalah :-
"Mengubah Statistik Kecerdasan Otak Dan Ketinggian manusia."

Agak-agak faham tak? - Mengubah Statistik Kecerdasan Otak -
Dalam bahasa mudah untuk saya terang adalah, meningkatkan tahap fungsi otak seseorang...


:: 5 KELEBIHAN UTAMA ::
~ Merangsang rembesan factor tumbesaran
~ Merangsang kelenjar pituitary
~ Mengaktifkan sel, memperbaiki penghasilan factor tumbesaran oleh kelenjar pituitary
~ Membekalkan nutrient yang cukup
~ Meningkatkan kecerdasan otak.


Wis-D Essence diformulasi dengan menggunakan gabungan teknologi penyelidikan canggih dan konsep perubatan tradisional Cina dalam proses pengekstrakan factor aktif FV (factor bio-tumbesaran) dari tumbuhan asli semulajadi demi membentuk elemen berkhasiat yang diperlukan dalam proses perkembangan IQ dan ketinggian manusia. Ia meningkatkan fungsi system metabolic endokrin manusia, merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan factor tumbesaran yang banyak, dan meningkatkan kadar pertumbuhan tulang dan IQ.

ISI KANDUNGAN DALAM WIS-D






:: FUNGSI ::
1. Meningkatkan fungsi otak dan IQ
# Meningkatkan daya ingatan dan mencegah demensia
# Memperbaiki dan merangsang sel-sel otak
# Mempergiatkan sintesis, pertumbuhan dan pembentukan sel DNA dan RNA; mencegah penuaan sel otak.
# Meningkatkan keaktifan sel SOD dan daya antipengoksidaan, menyingkirkan radikal bebas, melindungi tisu otak.
# Memperbaiki peredaran darah otak, merangsang sel-sel otak yang dorman.


2. Tumbesaran tulang
# Meningkatkan factor tumbesaran dalam badan, mempercepatkkan tumbesaran tulang.
# Menggalakkan fungsi penceraian tulang dan factor tumbesaran sel-sel tulang.
# Merangsang rekahan epifisis dan sel-sel rawan, mempergiatkan tulang baru dengan meningkatkan kadar sintesis tulang melalui tindak balas kalsifikasi dengan protein, memanjangkan tempoh tumbesaran tulang dan membuka semula titik pertumbuhan tulang yang telah menjadi keras.


:: 4 PERINGKAT UTAMA ::
=============================
Peringkat 1 : Tempoh Permulaan
Memperbaiki sel-sel otak, sel-sel tulang, daya ingatan, selera makan, system penghadaman dan kualiti tidur.

Peringkat 2 : Tempoh Pemulihan
Menyelaraskan system endokrin, memperbaiki sel-sel tulang dan otak, mempergiatkan rembesan kelenjar pituitary dan meningkatkan daya ingatan.

Peringkat 3 : Tempoh Pertumbuhan
Memperbaiki dan memperbaharui factor gen, ketinggian meningkat sebanyak 3cm
Peringkat 4 : Tempoh Konsolidasi 
Kadar tumbesaran meningkat, peningkatan IQ, daya ingatan dan penglihatan, kecerdasan tenaga badan dan memperlambatkan tempoh penutupan epifisis.

Sesuai untuk :
* Individu yang mengalami kerencatan tumbesaran
* Individu yang mempunyai lemah ingatan
* Individu yang pernah mengalami kehilangan daya ingatan, sakit kepala dan kekebasan sendi, tangan dan kaki.
* Kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami peringkat tumbesaran.
* Individu yang mempunyai daya penglihatan yang lemah.
* Individu yang sering mendekatkan diri dengan sinaran radioaktif dari computer, televisyen dan sinaran matahari.
* Individu yang ahli keluarganya mempunyai penyakit yang berkaitan dengan otak seperti strok, penyakit Alzheimer’s atau Pakinson’s.
* Individu yang kerap insomnia dan sering mengalami tekanan.


Bagaimana nak dapatkan produk ni? Senang je, SMS | Whatsapp no. hp yang tertera kat bawah ni. Time rajin-rajin ber"facebook" tu, jangan lupa singgah my FanPage dan ringan-ringankan tangan untuk klik "LIKE" =)

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Saturday, 28 February 2015

DISKAUN MENARIK DARI SNE !!!

Bismillah...Assalamualaikum wbt

(Entri ini adalah sticky post. Sila scroll kebawah untuk entri yang baru.)

Ceq nak habaqq maiii nih...Pakej berbaloi sudah bermula...

Pakej total solution 360°!
Kini hanya RM 450.

JIMATTT SEHINGGA RM 96
(Harga asal : RM546)


Promosi Pakej SNE Sehingga Feb 2015.

Pakej Lengkap untuk seisi keluarga.

Di dalam Pakej total solution 360° ini mengandungi:-
(1) 2 box SNE Kapsul
~
Padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino yang bertindak membaik pulih sel-sel yang bermasalah dan mengembalikan kualiti sel-sel ke tahap paling sihat dan kuat. 
~ Merupakan supplement yang tinggi kandungan vitamin C-nya iaitu 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi.

(2) 1 box Excel Tea
~ Menyingkirkan toksin dlm badan dan mengoptimumkan penyerapan vitamin dan mineral dalam badan.

~ Membantu membersihkan darah dan pengaliran salur darah yang lebih baik
~ Memberikan kesan pelangsingan dan meningkatkan keserian kulit!

(3) 1 box Seabuck Activ
Mengurangkan kerosakan sel akibat mendakkan toksin juga meringankan beban pada seluruh organ dalaman terutamanya organ respiratori iaitu paru-paru
Melegakan simptom batuk berkahak ,demam, asthma
~ Membantu perokok untuk berhenti merokok

Telah terbukti dengan mengamalkan product SNE secara istiqomah dan berterusan dapat membantu dan mampu memberikan kesihatan di tahap yang optimum!

Dapatkan sekarang!!! Promosi sehingga 28 Feb 2015 ^_^

Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com
#Perunding SNE Anda
#FB: Puan Noorrizah
#COD Jalan Klang Lama
~ Penghantaran Melalui Poslaju ke Seluruh Malaysia ~

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367


Saturday, 31 January 2015

TESTIMONI KULIT WAJAH AKIBAT KEMALANGAN : BEUTSKIN ESSENCE & SNE KAPSUL

Bismillah...Assalamualaikum wbt


Dah lama tak update blog rupanya... ^_^
Alhamdulillah, yang kecik dah pun tido, so ambik kesempatan untuk berkongsi pengalaman seorang pengguna produk SNE yang mempunyai pengalaman teruk akibat kemalangan.

Testimoni Beutskin Essence & SNE Kapsul
Testimoni kita kali ini datangnya dari seorang perunding kecantikan yang iaitu akak Norsiha A'ala yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Bibirnya terbelah akibat kemalangan tersebut, dan pabila jahitan dibuka kelihatan seperti sumbing (Cleft Lips & Palate) selepas pembedahan.
Dan ditakdirkan akak kita ni telah dipertemukan dengan produk SNE. Berkat doa dan yakin akan sembuh asbab SNE Kapsul & Beutskin Essence, produk SNE telah banyak membantu memulihkan wajahnya akibat "kesan" kemalangan tersebut.
Tak sangka..dia semakin sihat dan semakin cantik...
Katanya, professionnya sebagai perunding kecantikan dan berpengalaman luas tentang produk kesihatan & kecantikkan sebelum ini, berpendapat produk lain TIDAK DAPAT MENANDINGI PRODUK SNE. 
Hebat kan...

Pssst...nak tahu, akak Norsiha kita ni dah anak 5, semua dah besar-besar.
Motip, nak bagitahu yang Beutskin Essence bukan sekadar untuk memutihkan kulit, merawat kulit yang berjerawat malah MEMANTAPKAN ASET DALAMAN WANITA... ^_~

Beutskin Essence

SNE Kapsul

Wowww...hebatkan?!
Haaa itulah yang best mengenai produk SNE Marketing ni. Kulit dapat di rawat, parut hilang, kulit menjadi lebih cerah dan sekata dan yang paling penting dalaman lebih sihat dan "mantap."
Bagi mereka yang bermasalah jerawat teruk, parut degil akibat jerawat atau parut akibat luka, bolehlah mencuba produk keluaran SNE Marketing yang super hebat ni. 
Tak perlu ragu-ragu, kandungan SNE Kapsul dan Beutskin Essence ini selamat kerana ia diperbuat dari tumbuhan herba semulajadi dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi bagi yang ingin membuat pembelian / place order, bolehlah contact saya di no. yang tertera di bawah.
Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com
#Perunding SNE Anda
#FB: Puan Noorrizah
#COD Jalan Klang Lama
~ Penghantaran Melalui Poslaju ke Seluruh Malaysia ~


Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Wednesday, 21 January 2015

Permata Hati Mama Yang Ke-2



Hana Sofea...

Begitu cepat masa berlalu, begitu pantas kamu membesar nak...

Sofea bakal bergelar kakak...
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah amanahkan buat mama.

Rasanya macam baru semalam mama lahirkan kamu dan sekarang anak mama Sofea dah 1 tahun 2 bulan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kamu membesar dengan sihat, cantik dan bijak nak...

Dengan bakal ahli keluarga baru yang ditunggu-tunggu, mama harap tumpuan mama terhadap Sofea, tidak berkurang, sayang. Begitu juga buat kakak Zahra.

Doa mama, tetap bersama kamu, untuk anak-anak mama.

Sofea, anak mama...Mama doakan Sofea menjadi anak yang solehah, kakak yang bertanggungjawab sama seperti Kakak Zahra.

Semoga Allah memberi mama kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan hati dalam membesar anak-anak mama. Aameen3x Ya Rabbal 'alamin

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com


Tuesday, 20 January 2015

SEABUCK ACTIV


Nama Produk : SeaBuck Activ
Kod Produk : 10027
Berat : 6g x 15 sachets / box
Harga : RM90.00 (SP)
Harga Ahli : RM 75.00

" MENGUBAH STATISTIK KETOKSIKAN MANUSIA "

Seabuck Activ dibuat 70% dari buah Sebucthorn dan 30% dari herba terpilih yang terkenal dalam perubatan cina sebagai ubat yang sangat berkesan bagi membuang toksin bahagian tubuh khasnya,juga membuang toksin keseluruh organ tubuh. Kaya dengan vitamin C, dimana ia boleh menguatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan penyakit berjangkit.

* Mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh mendakan toksin, meringankan beban pada seluruh organ dalaman.
* Menyelaraskan perubahan patologi dalam organ dalaman, menyingkirkan toksin
* Melegakan simptom dan komplikasi yang diakibatkan oleh batuk, demam dan penyakit yang lain
* Meningkatkan peresapan nutrien dan ubat-ubatan
* Mencegah penularan penyakit serius

FUNGSI:
~ Menyingkirkan mendakan toksin daripada paru-paru, meresap ke dalam paru-paru secara pantas, menyingkirkan mendakan toksin jangka panjang dengan menyeluruh.
~ Menyingkirkan mendakan toksin daripada dinding salur darah, mengubah toksin menjadi asid asetik yang tidak bertoksid yang akan disingkirkan daripada tubuh demi mengurangkan beban hati dan buah pinggang.
~ Memulihkan gangguan sistem saraf pusat, meningkatkan kualiti tidur dan fungsi ingatan menyeluruh.
~ Membentuk sejenis membran pelindung pada permukaan gastrik mukosa, mengelakkan habuk, alkohol atau perangsang yang lain daripada membawa kemudaratan kepada gastrik mukosa.
~ Meningkatkan fungsi stamina pengidap hipoksia kardium. 
~ Menstabilkan tekanan dan menyelaraskan degupan jantung untuk mencegah fungsi jantung yang abnormal.

4 PERINGKAT UTAMA: 
~ 1-6 hari (peringkat permulaan) Kekeringan mulut, sesak dada, rasa loya, batuk, pening, kelesuan dan insomnia dilegakan 
~ Bulan pertama (peringkat penyahtoksikan) Ulser mulut, sakit kerongkong,batuk yang kronik, kahak dan sakit dada hilang. 
~ Bulan kedua (peringkat penyahtoksikan menyeluruh) Menguraikan pengumpulan toksin pada paru-paru, hati, buah pinggang, usus dan perut, membersihkan darah dan sel demi mencapai penyahtosikan menyeluruh tubuh. 
~ Bulan ketiga (peringkat perlindungan dan pemulihan) Membentuk membran pelindung pada dinding perut dan usus, mengawal penyerapan pelbagai toksin, mencegah toksin daripada meresap ke dalam sistem peredaran darah, memainkan peranan yang penting dalam metabolisme hati dan membantu melindungi fungsi otak.




SEABUCK ACTIV amat baik di makan bersama-sama dengan SNE Kapsul..

* Untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk atau pembelian, boleh hubungi terus saya di talian yang tertera seperti di bawah.


Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Friday, 16 January 2015

JANA DUIT SECARA PART TIME OR FULL TIME!

Alhamdulillah...Sudah 1/2 bulan saya dan anda-anda semua telah lalui pada tahun 2015.

Selama 15 hari anda lalui, apakah perubahan yang anda dapat lihat dan capai?

Di tahun 2015, adakah kita pilih untuk kuasai hidup kita atau hidup kita menguasai kita?

Jika anda masih tidak tahu arah yang hendak di tuju, anda seperti sehelai daun kering yang sedang diterbangkan oleh angin. - kata-kata yang saya copy n paste dari motivator terkenal iaitu Dr.Azizan Osman #DAO
Hehehe...

Jika anda berhajat untuk buat duit tepi-tepi, duit geli-geli, saya menjemput anda untuk bersama sertai group kami di dalam SNE Marketing.



Ini adalah Pakej Usahawan yang disediakan oleh pihak SNE Marketing.

Terdapat 3 Pakej Usahawan iaitu:-
1) 10 Kotak Kopi Royal Seabuck Soyfee (RM 480) - PERCUMA LAGI 1 KOTAK KOPI ROYAL SEABUCK SOYFEE + Poster Produk + Membership + Voucher bernilai RM250
2) 20 Kotak Kopi Royal Seabuck Soyfee (RM 960) - PERCUMA LAGI 3 KOTAK KOPI ROYAL SEABUCK SOYFEE + Poster Produk + Membership + Voucher bernilai RM
250
3) 20 Kotak Kopi Royal Seabuck Soyfee (RM 3000) - PERCUMA ALAT-ALAT BANTUAN PEMASARAN SEPERTI BUNTING, RISALAH & POSTER + AUTOMOBILE STOKIS + Voucher bernilai RM 250

**Ini belum termasuk kiraan point (PV) dan juga bonus untuk ahli SNE

Pelbagai insentif yang telah di sediakan oleh pihak syarikat untuk bakal usahawan-usahawan SNE di luar sana.
Jangan lepaskan peluang yer!
Jom tukar kopi kepada minuman kopi yang lebih sihat sambil jana duit!
Grab it fastttterrr fellas!
Pesan #DAO = Dengan mengatasi suara-suara ketakutan & kegagalan dalam diri adalah langkah untuk berjaya dalam kehidupan!

When Dreams Become Reality.
Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367







Sunday, 11 January 2015

Berkenaan Solat Dhuha

Bismillah...


Assalamualaikum w.b.t


Saya senyum ni ^_^ . Sebab ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2015. Alhamdulillah, hari ini dipermudahkan untuk update blog. Saya rindu nak taip panjang2, tapi yang mana utama, saya dahulukan. Anak-anak tak senang dudok bila tengok mama dengan laptop. Nak buat kerja sama cam mama. Tekan-tekan keyboard.

So, untuk kali ni, entry pertama untuk 2015, saya nak berkongsi cerita berkenaan Solat Dhuha. Ini adalah cerita yang saya baca dari Facebook dan copy paste di blog saya untuk tatapan dan ilmu akhirat buat rakan2 yang blogwalking dan tercari-cari berkenaan dengan Solat Dhuha. 

Cerita ni saya copy paste dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz. Dari apa yang saya tahu, Ustaz ni mengajar orang mengaji. So, sape2 yang nak belajar baca Al-Quran dan melancarkan lagi bacaan Al-Quran boleh Follow dan buka FanPage Ustaz ni (Klik sini) dan ambik contact no. beliau ye. ^_^

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menukar persepsi kita tentang Solat Dhuha




HAKIKAT REZEKI DALAM SOLAT DHUHA : BY USTAZ MOHAMMAD ASRAFF AYOB Al-HAFIZ
.
Seseorang berdiskusi dengan saya, 'Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?'
Saya tidak terus menjawabnya. Saya memerhatikan anak muda ini dari atas ke bawah. Benar apa yang dipercayainya. Ada banyak hadith yang menjelaskan solat dhuha umpama 'magnet' penarik rezeki.
Cuma, dia sedang bergelut dengan problem sama yang pernah saya alami dahulu. Sebelum ini, saya banyak mengaitkan konsep rezeki yang diinginkan melalui solat dhuha dalam bentuk material.
Kerana itu ketika berdoa, saya banyak fokuskan hajat terkini : rezeki wang banyak, projek menjadi, untung besar dlm bisnes, beli kereta baru, rumah baru. Anda tambah sahaja senarainya yang takkan habis-habis itu.
Semuanya material.
Tetapi Allah s.w.t lebih Maha Tahu apa keperluan terbaik untuk kita. Jarang Dia kabulkan niat 'rezeki material' saya itu. Adalah dua-tiga tapi tidak semua. Apabila ia berlaku, mulalah syaitan menyucuk jarum. Saya mula fikir Allah 'buat tak tahu' dengan doa saya.
Alih-alihnya saya berprasangka, 'buat letih je solat dhuha...tak mujarab sangat pun sebab rezeki tahap tu juga....'
Dari bersungguh solat awal pagi, akhirnya solat dhuha dilakukan sesekali. Nampaknya syaitan telah menang. Menang besar, sebab saya dah malas nak 'connect' dengan Tuhan.
Sedih kan, cepat sangat kita kalah dengan setan.
Tetapi, Tuhan masih 'memandang' saya ketika itu. Dia datangkan ilham & kesedaran untuk memperbetulkan semula apakah maksud rezeki yang dijanjikan dalam amalan solat dhuha.
Kefahaman baru ini benar-benar menyegarkan. Ia menjadikan saya lebih bersemangat kekalkan solat dhuha, tidak kiralah rezekinya banyak atau ciput.
Saya kongsikannya kepada si penyoal : 'sebenarnya, rezeki yang dimaksudkan dalam amalan solat dhuha tidak terbatas kepada material. Ada banyak rezeki yg Tuhan bagi setiap hari, F.O.C (free of charge) di mana ia sebenarnya jauh lebih besar nilainya dari kereta mewah yang kita idamkan.
Lihat rezeki kesihatan yang Tuhan kekalkan. Bukankah ia priceless? kalau tak percaya, tanyalah mereka yang ditimpa kemalangan atau sakit kronik. Tuhan sahaja yang tahu ongkosnya. Contohnya sakit belakang saya sekarang. Bila dah jadi begini, baru saya tahu nikmat main bola. Nikmat jogging. Nikmat sujud dalam solat (sbb la ni masih belum boleh membongkok).
Nasib baik Tuhan tarik sementara kerana Dia masih sudi lagi kongsikan penyembuhnya.
Si penyoal terdiam.
Saya teruskan bicara, 'Lihat pula rezeki anak. Rezeki ada isteri. Rezeki ada ibu-bapa. Semua ini amaaaaat priceless. Kebahagiaan yang mereka kongsikan dalam hidup kita takkan ternilai. Cukup anak kita lewat pulang ke rumah, pening kepala, tak tidur malam kita dibuatnya....'
Tapi rezeki terbesar adalah kita masih beragama islam. Masih ada iman. Masih nak solat, masih nak baca Quran. Itu yg paling utama utk dihargai, sebab selagi semua ini ada, peluang kita utk mengecap 'bapa rezeki' - masuk syurga terbuka luas....'
Apapun, saya tutup pandangan saya dengan poin ini : solatlah dhuha dengan pemikiran BERTERIMA KASIH, bukan meminta, sebab Tuhan already bagi berjuta rezeki kpd kita tanpa diminta sedikitpun.
Fokuskan solat dhuha dengan minda syukur bukannya 'asking'. Anda akan diberi Tuhan segala yang diimpikan without asking pun sebab, Tuhan tahu semua dalam hati kita. Dia 'can read our mind'.
Dirikan solat dhuha dengan mentaliti syukur. Hidup anda akan lebih 'beautiful'.
Tentang rezeki spesifik kita yang senarainya berjela-jela itu, jangan risau. Tahulah Dia aturkan 'big surprise' kepada kita.
Just, kekalkan 'connection' solat dhuha denganNya.
Percayalah.
.
.
Us. Asraff Ayobb

Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih 'happy' & redhoi.


#End Copy and Paste (FanPage Ustaz ni (Klik sini))

Sharing is Caring,
Sharing is Loving,
Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367