Total Pageviews

Rezeki

Sunday 6 March 2016

Shopping Part 1

06032016 - Ahad (3.30am)
---------------------------------

Bismillah...
Dah pukul 3 pagi, belum tidur. Esok sure mengantuk. Tapi sebab rindu nak berblog, tak yahlah fikir sangat pasal hal mengantuk esok ni. Lagi pun, kalau tertidur atas sofa, kakak Zahra ada. Dia boleh tolong kejut. Dalam erti kata lain, menjerit. Hahaha...baik punya sound sistem.

Harini nak bercerita santai-santai jek. Terkenang, sebab dah 5 tahun kawin, bergelar isteri, ibu dan suri rumah. Rindu zaman-zaman dulu. Sapa tak rindu beb. Zaman bujang, zaman bekerja, zaman bergaji bershopping. Sekarang shopping jugak. Tapi keadaan tak sama. rasa banyak online dari offline. Kalau keluar pun setakat keluar makan je. Sebab ada anak kecik. Bila menyusu badan ni, anak-anak, more ngan mama dari papa. Papa dicari bila time gurau senda kasar jek. Lagi satu, laki ni, bila wife shopping, bab menunggu dia ok. OK kalau anak-anak dah boleh bawak diri. Kalau yang baby ni, en.suami ni jadik tak keruan. Korang tanyala soalan macam sesuai tak baju ni, ok tak color ni, cantik tak...Semua dia akan cakap ok. Dan yang tak best, bila dia cakap "Cepatlah, anak nangis. Anak taknak dok diam, taktahu nak ape. Ambik jela baju tu pun."

Hah dah balik ambik engko. Maka terjadilah episod, alamak nyesal tak ambik. Alamak nyesal ambik yang ni, tak lawa plak. Kengkonon, salah cermin umah. Sebab masa try kat bilik fitting, cermin tu buat nampak cantik je pakai...Slim melim...Lawa ada style macam Che Ta. Owh pasrah...Maka terperaplah baju yang baru beli dalam wardrobe. Dan mencari kekuatan dan keyakinan balik untuk pakai baju tuh...Itu hakaklah...hahaha...Ohhh...ku tak mau kenang-kenang lagi.

Sekarang, banyaklah bershopping online. Ini lagi sedih. Bila beronline ni, mudah tu mudah. Pilihan pun banyak. Tapiii, disebabkan pilihan banyak lah buat kepala jadi feninggg. Mula datang tamak. 1 tak cukup, ambik dua. Bila bukak, online web lain, beli lagi. Tengok-tengok dah susut duit akaun. Waaa...Yela, bila online pakai akaun sendiri, takde orang nak marah. Ce kalo pegi bawak e.suami gi shopping kat mall, mau ada warning wooo...Tambah lagi pakai duit dia. Pastu, mendengar soalan-soalan standard wanita bila bershopping. Mau tak bising? hahaha...

Wuhuuu...Dah pukul 5 pagi. Dah mengantuk. Alahai, lagi 1 jam nak subuh. Nanti kita sambung Part 2. Nak mandi dulu bagi segar badan. Boleh solat terus.

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com