Total Pageviews

Rezeki

Sunday 13 November 2016

CERITA PENUH PESANAN FARAH ADEEBA TV AL HIJRAH BERSAMA PERWAKILAN AMERIKA 3 NOV 2016

Hari tu heboh sat pasal watsapp voice oleh Farah Adeeba yang disebarkan di group-group wassap. Entry kali ni akak mintak korang bukak video ni. Maaflah, kalau buat kuota deme habis. Tapi mana lebih bagus, habis kuota untuk berpesan-pesan tentang agama atau habis kuota kerana ber "libur" ?
Mesej yang disampaikan oleh Farah Adeeba Hos terkenal di TV Al-Hijrah kali ni amat-amat penting untuk kita sebagai umat Islam.

Farah Adeeba (Hos TV Al-Hijrah) merakam Whatsapp Voice selepas sesi temubual bersama seorang berjawatan penting yang dikatakan orang penting kerana beliau merupakan salah seorang penasihat kepada presiden Amerika. Dan bukan itu sahaja, beliau juga seorang duta di Large For Int. Religious Freedom .
Apa yang akak faham apa yang Farah sampaikan ialah ternyata benar wujud kumpulan-kumpulan yang cuba untuk memporak peranda kan agama Islam. Contoh yang akak pernah baca ialah kelompok yang cuba menarik pelajar Islam terutamanya pelajar universiti berpaling dari agama Islam. Tapi tak tahulah berkait ke tak.
Tapi point yang utama di sampaikan oleh Farah bahawa semua itu adalah benar, adanya kelompok-kelompok ni. Agenda utama mereka ialah kenapa di Malaysia patut ada kebebasan beragama termasuk penganut Agama Islam. Cuma siapa, di mana dan bagaimana mereka bergerak itu tak dapat kita pastikanlah.(Untuk lebih faham, dengar dan tengok video yang akak sertakan)
    

Dan video di bawah pula adalah sesi temubual penuh di siaran TV Al-Hijrah di rancangan "Assalamualaikum".

Temubual Farah Adeeba bersama perwakilan Amerika David N Saperstein Ambassador at Large for International Religious Freedom telah menyampaikan mesej yang mana memberikan pandangan dan mesej yang mendatangkan kebimbangan kepada kita jika ianya diguna pakai di Malaysia.




Teringat tentang surah al-Kahfi. 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 


Doa Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam
Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

Semoga Allah melindungi kita, keluarga kita serta seluruh umat Islam seluruhnya. Aamiin.