Total Pageviews

Rezeki

Sunday 13 November 2016

CERITA PENUH PESANAN FARAH ADEEBA TV AL HIJRAH BERSAMA PERWAKILAN AMERIKA 3 NOV 2016

Hari tu heboh sat pasal watsapp voice oleh Farah Adeeba yang disebarkan di group-group wassap. Entry kali ni akak mintak korang bukak video ni. Maaflah, kalau buat kuota deme habis. Tapi mana lebih bagus, habis kuota untuk berpesan-pesan tentang agama atau habis kuota kerana ber "libur" ?
Mesej yang disampaikan oleh Farah Adeeba Hos terkenal di TV Al-Hijrah kali ni amat-amat penting untuk kita sebagai umat Islam.

Farah Adeeba (Hos TV Al-Hijrah) merakam Whatsapp Voice selepas sesi temubual bersama seorang berjawatan penting yang dikatakan orang penting kerana beliau merupakan salah seorang penasihat kepada presiden Amerika. Dan bukan itu sahaja, beliau juga seorang duta di Large For Int. Religious Freedom .
Apa yang akak faham apa yang Farah sampaikan ialah ternyata benar wujud kumpulan-kumpulan yang cuba untuk memporak peranda kan agama Islam. Contoh yang akak pernah baca ialah kelompok yang cuba menarik pelajar Islam terutamanya pelajar universiti berpaling dari agama Islam. Tapi tak tahulah berkait ke tak.
Tapi point yang utama di sampaikan oleh Farah bahawa semua itu adalah benar, adanya kelompok-kelompok ni. Agenda utama mereka ialah kenapa di Malaysia patut ada kebebasan beragama termasuk penganut Agama Islam. Cuma siapa, di mana dan bagaimana mereka bergerak itu tak dapat kita pastikanlah.(Untuk lebih faham, dengar dan tengok video yang akak sertakan)
    

Dan video di bawah pula adalah sesi temubual penuh di siaran TV Al-Hijrah di rancangan "Assalamualaikum".

Temubual Farah Adeeba bersama perwakilan Amerika David N Saperstein Ambassador at Large for International Religious Freedom telah menyampaikan mesej yang mana memberikan pandangan dan mesej yang mendatangkan kebimbangan kepada kita jika ianya diguna pakai di Malaysia.




Teringat tentang surah al-Kahfi. 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 


Doa Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam
Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

Semoga Allah melindungi kita, keluarga kita serta seluruh umat Islam seluruhnya. Aamiin.

 

Sunday 6 March 2016

Shopping Part 1

06032016 - Ahad (3.30am)
---------------------------------

Bismillah...
Dah pukul 3 pagi, belum tidur. Esok sure mengantuk. Tapi sebab rindu nak berblog, tak yahlah fikir sangat pasal hal mengantuk esok ni. Lagi pun, kalau tertidur atas sofa, kakak Zahra ada. Dia boleh tolong kejut. Dalam erti kata lain, menjerit. Hahaha...baik punya sound sistem.

Harini nak bercerita santai-santai jek. Terkenang, sebab dah 5 tahun kawin, bergelar isteri, ibu dan suri rumah. Rindu zaman-zaman dulu. Sapa tak rindu beb. Zaman bujang, zaman bekerja, zaman bergaji bershopping. Sekarang shopping jugak. Tapi keadaan tak sama. rasa banyak online dari offline. Kalau keluar pun setakat keluar makan je. Sebab ada anak kecik. Bila menyusu badan ni, anak-anak, more ngan mama dari papa. Papa dicari bila time gurau senda kasar jek. Lagi satu, laki ni, bila wife shopping, bab menunggu dia ok. OK kalau anak-anak dah boleh bawak diri. Kalau yang baby ni, en.suami ni jadik tak keruan. Korang tanyala soalan macam sesuai tak baju ni, ok tak color ni, cantik tak...Semua dia akan cakap ok. Dan yang tak best, bila dia cakap "Cepatlah, anak nangis. Anak taknak dok diam, taktahu nak ape. Ambik jela baju tu pun."

Hah dah balik ambik engko. Maka terjadilah episod, alamak nyesal tak ambik. Alamak nyesal ambik yang ni, tak lawa plak. Kengkonon, salah cermin umah. Sebab masa try kat bilik fitting, cermin tu buat nampak cantik je pakai...Slim melim...Lawa ada style macam Che Ta. Owh pasrah...Maka terperaplah baju yang baru beli dalam wardrobe. Dan mencari kekuatan dan keyakinan balik untuk pakai baju tuh...Itu hakaklah...hahaha...Ohhh...ku tak mau kenang-kenang lagi.

Sekarang, banyaklah bershopping online. Ini lagi sedih. Bila beronline ni, mudah tu mudah. Pilihan pun banyak. Tapiii, disebabkan pilihan banyak lah buat kepala jadi feninggg. Mula datang tamak. 1 tak cukup, ambik dua. Bila bukak, online web lain, beli lagi. Tengok-tengok dah susut duit akaun. Waaa...Yela, bila online pakai akaun sendiri, takde orang nak marah. Ce kalo pegi bawak e.suami gi shopping kat mall, mau ada warning wooo...Tambah lagi pakai duit dia. Pastu, mendengar soalan-soalan standard wanita bila bershopping. Mau tak bising? hahaha...

Wuhuuu...Dah pukul 5 pagi. Dah mengantuk. Alahai, lagi 1 jam nak subuh. Nanti kita sambung Part 2. Nak mandi dulu bagi segar badan. Boleh solat terus.

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Wednesday 2 December 2015

Tips Kekal Langsing

Tips Untuk Kekalkan Berat Badan Sihat Adalah Dengan Memastikan Tidur Awal.
---
Jeng jeng...hah, dalam dok google tips untuk kurus tetengah malam buta pop mata tertumpu kat - Lack of Sleep Lead to The Weight Gain.

Jebek (bahasa ganu) kejap. Kalo sekali sekale okla kan...Akak hari-hari tido lambat. Bukan akak sorang je, rasa ramai lagi gadis-gadis dan wanita kat luar sana bersengkang mata. Sebab time tetengah malam buta je la mampu ngadap intenet dengan aman. Waktu lain - O.U.T.
Lagila Puteri-puteri kesayangan hamba amatlah jeles dengan mamanya bila bersama handphone sambil blunjuq kaki.

Tapi betul la apa yang dia kata. Masuk akal. Sebab bila kita tidur lewat, akan menyebabkan kita lapar, makan berlebihan sehingga menyebabkan 'weight gain'...

Situasi dia camnila. Dok berFB, ber Instagram, buat assignment, of course laparkan. Cam akak ni hah. Air milo pekena dengan biskut Jacobs Wheetmeal. Jangan kata 5 keping. 20 keping pon boleh abis.

Lagila kalo pekena megi. Perghhh...pedas leleh-leleh. Ikut hati nak je buat kat dapur, tapi sebab breastfeed Raisya. Kalo bujang trang tang tang pulak, malam minggu boleh lepak minum teh tarik. Nasi kandaq pun sodap... Alamak sedapnya nasi kandaq pelita. Hahaha...
.
Hasil googlan dari Mr Google mengatakan ia disebabkan oleh 2 hormon di dalam badan manusia iaitu ghrelin dan leptin yang buatkan kita makan banyak bila tidur lambat.

GHRELIN - regulate normal feelings of hunger and fullness. when you’re short on sleep, your ghrelin levels go up, stimulating your appetite so you want more food than normal.

LEPTIN - Leptin levels go down when ghrelin is up. Meaning you don’t feel satisfied and want to keep eating. This can lead to overeating and, ultimately, weight gain.
..
Akak turun bawah jap. Buat Excel Tea. Hehehe..mana tau esok turun 5kg.


Hahaha...ok sambung tulis blog. Dan dan turun buat teh. Sebab nak detoks. Best teh ni, cuci perut. Takdak memulas-mulas tau. Memang keluar abis la. Kalau 3 hari tak membuang, jangan terkejut tau, banyak keluar. Hahaha...Akak bagitahu je. Pengalaman. Yang sembelit elok ambik Excel Tea. Sebab dalam teh ni ada Aloe Vera.

Ok done. Cukopla takat ni. Lepas perabih teh ni nak tido...Yang masih berburung hantu, cecepat la...buat yg terpaksa tido lambat bertabahla ye 😅😅😅.

Love,
Mama Hana
[enotots dot blogspot dot com]


Sunday 1 November 2015

Hana Raisya

Bismillah...

Alhamdulillah...puteri ke-3 kami, Hana Raisya binti Mohamad Hazwan selamat dilahirkan pada 8 Mei 2015.

Kalau Raisya nak tahu...Muka kamu sebijik macam muka kakak kamu, kakak Sofea masa baby.

Sayu plak hati mama bila baca entry mama pasal khas untuk kakak Sofea. 😢

Mama tahu kakak Sofea sabar dan tabah orangnya. Kalau nak tahu, dia yang paling banyak cium Raisya tau!

Kalau kene marah, Raisya yang dicari dulu. Kak Sofea akan peluk, cium kamu sampai penyet pipi kamu yang tembam tu tau. 

Bangun dari tidur, baby jugak yang disebut, di cari...Bertuahnya Eicha! 

Eicha tu panggilan nama yang paling perfect kakak kamu sebut. Al-maklum pelat...hahaha..

Ok,dah lewat. Selamat malam

Love,

Mama Hana.

01112015

Wednesday 21 January 2015

Permata Hati Mama Yang Ke-2



Hana Sofea...

Begitu cepat masa berlalu, begitu pantas kamu membesar nak...

Sofea bakal bergelar kakak...
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah amanahkan buat mama.

Rasanya macam baru semalam mama lahirkan kamu dan sekarang anak mama Sofea dah 1 tahun 2 bulan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kamu membesar dengan sihat, cantik dan bijak nak...

Dengan bakal ahli keluarga baru yang ditunggu-tunggu, mama harap tumpuan mama terhadap Sofea, tidak berkurang, sayang. Begitu juga buat kakak Zahra.

Doa mama, tetap bersama kamu, untuk anak-anak mama.

Sofea, anak mama...Mama doakan Sofea menjadi anak yang solehah, kakak yang bertanggungjawab sama seperti Kakak Zahra.

Semoga Allah memberi mama kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan hati dalam membesar anak-anak mama. Aameen3x Ya Rabbal 'alamin

Love,
Mama Hana
Enotots [dot] blogspot [dot] com


Sunday 11 January 2015

Berkenaan Solat Dhuha

Bismillah...


Assalamualaikum w.b.t


Saya senyum ni ^_^ . Sebab ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2015. Alhamdulillah, hari ini dipermudahkan untuk update blog. Saya rindu nak taip panjang2, tapi yang mana utama, saya dahulukan. Anak-anak tak senang dudok bila tengok mama dengan laptop. Nak buat kerja sama cam mama. Tekan-tekan keyboard.

So, untuk kali ni, entry pertama untuk 2015, saya nak berkongsi cerita berkenaan Solat Dhuha. Ini adalah cerita yang saya baca dari Facebook dan copy paste di blog saya untuk tatapan dan ilmu akhirat buat rakan2 yang blogwalking dan tercari-cari berkenaan dengan Solat Dhuha. 

Cerita ni saya copy paste dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz. Dari apa yang saya tahu, Ustaz ni mengajar orang mengaji. So, sape2 yang nak belajar baca Al-Quran dan melancarkan lagi bacaan Al-Quran boleh Follow dan buka FanPage Ustaz ni (Klik sini) dan ambik contact no. beliau ye. ^_^

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menukar persepsi kita tentang Solat Dhuha




HAKIKAT REZEKI DALAM SOLAT DHUHA : BY USTAZ MOHAMMAD ASRAFF AYOB Al-HAFIZ
.
Seseorang berdiskusi dengan saya, 'Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?'
Saya tidak terus menjawabnya. Saya memerhatikan anak muda ini dari atas ke bawah. Benar apa yang dipercayainya. Ada banyak hadith yang menjelaskan solat dhuha umpama 'magnet' penarik rezeki.
Cuma, dia sedang bergelut dengan problem sama yang pernah saya alami dahulu. Sebelum ini, saya banyak mengaitkan konsep rezeki yang diinginkan melalui solat dhuha dalam bentuk material.
Kerana itu ketika berdoa, saya banyak fokuskan hajat terkini : rezeki wang banyak, projek menjadi, untung besar dlm bisnes, beli kereta baru, rumah baru. Anda tambah sahaja senarainya yang takkan habis-habis itu.
Semuanya material.
Tetapi Allah s.w.t lebih Maha Tahu apa keperluan terbaik untuk kita. Jarang Dia kabulkan niat 'rezeki material' saya itu. Adalah dua-tiga tapi tidak semua. Apabila ia berlaku, mulalah syaitan menyucuk jarum. Saya mula fikir Allah 'buat tak tahu' dengan doa saya.
Alih-alihnya saya berprasangka, 'buat letih je solat dhuha...tak mujarab sangat pun sebab rezeki tahap tu juga....'
Dari bersungguh solat awal pagi, akhirnya solat dhuha dilakukan sesekali. Nampaknya syaitan telah menang. Menang besar, sebab saya dah malas nak 'connect' dengan Tuhan.
Sedih kan, cepat sangat kita kalah dengan setan.
Tetapi, Tuhan masih 'memandang' saya ketika itu. Dia datangkan ilham & kesedaran untuk memperbetulkan semula apakah maksud rezeki yang dijanjikan dalam amalan solat dhuha.
Kefahaman baru ini benar-benar menyegarkan. Ia menjadikan saya lebih bersemangat kekalkan solat dhuha, tidak kiralah rezekinya banyak atau ciput.
Saya kongsikannya kepada si penyoal : 'sebenarnya, rezeki yang dimaksudkan dalam amalan solat dhuha tidak terbatas kepada material. Ada banyak rezeki yg Tuhan bagi setiap hari, F.O.C (free of charge) di mana ia sebenarnya jauh lebih besar nilainya dari kereta mewah yang kita idamkan.
Lihat rezeki kesihatan yang Tuhan kekalkan. Bukankah ia priceless? kalau tak percaya, tanyalah mereka yang ditimpa kemalangan atau sakit kronik. Tuhan sahaja yang tahu ongkosnya. Contohnya sakit belakang saya sekarang. Bila dah jadi begini, baru saya tahu nikmat main bola. Nikmat jogging. Nikmat sujud dalam solat (sbb la ni masih belum boleh membongkok).
Nasib baik Tuhan tarik sementara kerana Dia masih sudi lagi kongsikan penyembuhnya.
Si penyoal terdiam.
Saya teruskan bicara, 'Lihat pula rezeki anak. Rezeki ada isteri. Rezeki ada ibu-bapa. Semua ini amaaaaat priceless. Kebahagiaan yang mereka kongsikan dalam hidup kita takkan ternilai. Cukup anak kita lewat pulang ke rumah, pening kepala, tak tidur malam kita dibuatnya....'
Tapi rezeki terbesar adalah kita masih beragama islam. Masih ada iman. Masih nak solat, masih nak baca Quran. Itu yg paling utama utk dihargai, sebab selagi semua ini ada, peluang kita utk mengecap 'bapa rezeki' - masuk syurga terbuka luas....'
Apapun, saya tutup pandangan saya dengan poin ini : solatlah dhuha dengan pemikiran BERTERIMA KASIH, bukan meminta, sebab Tuhan already bagi berjuta rezeki kpd kita tanpa diminta sedikitpun.
Fokuskan solat dhuha dengan minda syukur bukannya 'asking'. Anda akan diberi Tuhan segala yang diimpikan without asking pun sebab, Tuhan tahu semua dalam hati kita. Dia 'can read our mind'.
Dirikan solat dhuha dengan mentaliti syukur. Hidup anda akan lebih 'beautiful'.
Tentang rezeki spesifik kita yang senarainya berjela-jela itu, jangan risau. Tahulah Dia aturkan 'big surprise' kepada kita.
Just, kekalkan 'connection' solat dhuha denganNya.
Percayalah.
.
.
Us. Asraff Ayobb

Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih 'happy' & redhoi.


#End Copy and Paste (FanPage Ustaz ni (Klik sini))

Sharing is Caring,
Sharing is Loving,
Love,
Enotots [dot] blogspot [dot] com

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367

Tuesday 16 December 2014

DISCLAIMER



***Untuk makluman pembaca di luar sana, bagi mereka yang berminat untuk membeli SNE Kapsul, semua maklumat yang tercatat di sini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau menggantikan nasihat pakar perubatan bertauliah. 
***Perlu diingatkan SNE Kapsul adalah merupakan supplemen/makanan tambahan sebagai pelengkap keperluan badan dan tidak merawat terus ke atas penyakit. Sebaliknya khasiat SNE Kapsul diserap oleh sel dan organ badan, dan mengaktifkan semula sistem badan untuk bekerja dengan lebih baik. Dan dalam masa yang sama ia akan meningkatkan antibodi badan kita ke tahap yang Maksimum.
***Pembaca digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkan supplement ini.
***Kesan dan pengalaman penggunaan produk adalah berbeza untuk setiap individu.

Love,
Enotots [dot]blogspot [dot] com

~Untuk Sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan dengan produk, sila hubungi melalui SMS/Whatsapp di nombor yang tertera di bawah:-

Do "Like n Share" My Facebook Fanpage : Life's Group SNE & Beutskin
SMS/Whatsapp ONLY : 012-676.9367